
Kami berkongsi maklumat tentang kehamilan tak dirancang dan pilihan penguguran supaya anda dapat membuat keputusan yang terbaik untuk diri anda.

Berikan maklumat yang jelas, selamat dan sokongan mengikut keperluan anda
Maklumat yang jelas tentang pilihan yang ada, apa yang boleh dijangka, dan cara untuk kekal selamat.
Kami bantu anda memahami pilihan yang selamat dan boleh dipercayai berdasarkan situasi, keperluan, dan lokasi anda.
Kami mendengar, menjawab soalan anda, dan bersama anda semasa anda membuat keputusan yang dirasakan sesuai untuk diri anda.

Kami bermula apabila salah seorang kawan kami hamil. Kami melihat dia sebagai seorang yang mempunyai banyak potensi dan impian, dan sebagai kawan, kami hanya mahu berada di sisinya dan menyokongnya dengan apa sahaja yang kami mampu.
Namun ketika itu, kami baru sedar bahawa tidak banyak maklumat yang mudah diakses.
Kami tertanya-tanya jika seorang kawan yang kami kenal sendiri pun sukar mendapatkan bantuan yang selamat dan dipercayai, bagaimana pula dengan individu lain yang melalui perkara yang sama, sendirian?
Sejak itu, kami mula belajar tentang kesihatan reproduktif, kehamilan tak dirancang, dan bagaimana mendapatkan bantuan yang selamat tanpa stigma. Kami belajar di mana mendapatkan maklumat yang sahih, siapa yang boleh dipercayai, dan bagaimana seseorang boleh mendapatkan sokongan tanpa rasa malu atau takut dihakimi.
Pada akhirnya, apa yang paling penting bagi kami hanyalah memastikan kawan kami selamat, didengar, dan tidak keseorangan.
Daripada pengalaman itulah Kelopak Gugur ini lahir. Sebuah ruang yang menyediakan sokongan, maklumat, dan bantuan tanpa judgement untuk individu yang hamil.
Untuk kawan kami. Dan untuk anda